TAYANGAN PADA 22 FEB 2018 - FILEM SURF PERTAMA MALAYSIA - KOMEDI DAN SUKAN
Sinopsis filem Surf This Love : Gelora Juara
Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.
Walaupun sangat obses dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.
Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia . Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.
Apakah sejarah hitam sebenar yang ada disebalik kematian abang Billy?? Adakah Billy berjaya mencapai cita-citanya?? Apakah kesudahannya cerita ini?? Saksikan Filem Surf This Love ini bermula pada 22 Febuari 2018 di seluruh pawagam berdekatan anda.
GLOBAL SOLUTION RESOURCES SDN BHD
mempersembahkan Lakonan Mantap
Shukri Yahaya
Cristina Suzanne Stockstill
Pekin Ibrahim
Joe Hogan
Ardell Aryana
Mustaqim Bahadon
Syhd Abrz
Rahim Nasoha
ADIK ILDAN
IDEA & KONSEP ASAL : AMILATON JAMALLUDIN & KEYROOL KIASAN
OLAHAN SEMULA : WAAN HAFIZ
SKRIP OLAHAN : WAAN HAFIZ | SHAMSULL HAZRAEI
PENERBIT BERSAMA : ABDUL WAHAB | ELIAS SHAHRIL
PENERBIT : AMILATON JAMALUDDIN - Amie Zhu
PENGARAH / LAKON LAYAR : Wan Mohd Hafiz
https://www.facebook.com/surfthislove
https://youtu.be/hWgt5x0-wBg
Vape Sauce Rip Curl GsrProduction